PENGHAYATAN
ETIKA DAN PERADABAN
(MPU
21032)
E-FOLIO
Perlembagaan
Persekutuan sebagai Tiang Seri Perpaduan
NAMA
PELAJAR :
1) MOHAMMAD
AINUL HAYAT BIN ROSLAN (03DDT19F1061)
2) MUHAMMAD
AMIR SYAHMI BIN ZUBER (03DDT19F1055)
3) MUHAMMAD
ALIFF DANIAL BIN YUSOFF (03DDT19F1037)
4) SHADAVOOT
A/L SAM RAN (03DDT19F1047)
5) TAN
YONG JUN (03DDT19F1050)
Perlembagaan Persekutuan Sebagai Tiang Seri
Perpaduan
Hampir semua masyarakat dunia menjadikan
Perlembagaan, sama ada Perlembagaan bertulisataupun tidak sebagai wahana untuk
mengurus dan menghayati kemajmukan etika danperadaban.
Bagi Malaysia, Perlembagaan Persekutuan adalah
dokumen utama yang menjadi panduan dansempadan dalam pemerintahan dan
pentadbiran negara. Sifat Perlembagaan Persekutuansecara simboliknya adalah
sebagai ‘kontrak sosial’ kerana terkandung di dalamnya pelbagaiperuntukan yang
memenuhi kepentingan semua pihak dalam masyarakat Malaysia.
Walaupun begitu,Perlembagaan sering ditafsir
oleh pelbagai pihak mengikut kefahaman dan kepentingan masing-masingsehingga
mendatangkan cabaran, bahkan juga perbezaan dan percanggahan. Namun begitu,
walaupunsenantiasa ‘bertikam lidah, masyarakat Malaysia tidak berparangan’; dan
setelah lebih 60 tahun. Perlembagaan itu wujud, masyarakat Malaysia kekal
dengan aman dan makmur.
Kandungan
1) Pengenalan,Definisi dan Konsep Perlembagaan
a. Perlembagaan dalam konteks Malaysia
b. Suruhanjaya Perlembagaan (Reid)
2) Kerangka Asas Perlembagaan Persekutuan
a.
Ciri-ciri
umum negara persekutuan
b.
Islam
agama persekutuan
c.
Perlembagaan
persekutuan undang-undang tertinggi
d.
Kewarganegaraan
e.
Kebebasan
asasi
3) Sejarah & Garis Waktu
4) Kesimpulan
Pengenalan
Ø Undang-undang penting untuk mengawal tingkah
laku masyarakat
Ø Menyediakan garis panduan kelakuan masyarakat
Ø Undang-undang asas pembinaan etika dan tamadun
Ø Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang
tertinggi dan sumber
Ø rujukan
Ø Perlembagaan Persekutuan menyediakan ruang
tapak integrasi
Ø Tapak integrasi ini menjadi wahana etika dan
peradaban bagi Malaysia
Definisi
dan Konsep Perlembagaan
Ø Perlembagaan adalah kumpulan peraturan
berkaitan pentadbiran sesebuah negara.
Ø Perlembagaan mencipta tiga institusi
pentadbiran negara, iaitu badan perundangan,badan eksekutif dan badan kehakiman
Ø Perlembagaan mempunyai peruntukan berkaitan
kuasa dan peranan tiga institusitersebut
Ø Pada masa sama Perlembagaan meletakkan had kepada kuasa ketiga-tiga badan tersebut
(Sumber
: K.C Wheare, Modern Constitution, Oxford [Oxfordshire] : Oxford University
Press, 1966)
Perlembagaan
dalam konteks Malaysia
Perlembagaan Persekutuan adalah
sebuah dokumen bertulis, juga symbol kemerdekaan dan kedaulatan negara.
Di samping itu Perlembagaan
menyediakan asas kenegaraan Malaysia. Perlembagaan direka bentuk atas kerangka
asal Tanah Melayubersandarkan kepada sejarah, budaya dan amalan negara.
Perlembagaan mengambil kira kepentingan semua komuniti yang membentuk bangsa bagi negara ini.
Perlembagaan Persekutuan
berasaskan "kontrak sosial”. Yang diluluskan melalui pengesahan undang-undang
berasaskan kepada Perjanjian Persekutuan TanahMelayu 1957.Perjanjian ini
ditandatangani pada 5 Ogos 1957 oleh wakil Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan
Raja-Raja bagi negeri-negeri.
Perlembagaan Persekutuan ini adalah sebuah
manifestasi kesetiakawanan, penerimaandan persefahaman sehingga membentuk
integrasi dalam kalangan komuniti
Persefahaman ini dianggap sebagai "kontrak
sosial" demi kepentingan hak sertawarisan asal negara.
Suruhanjaya
Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)
Suruhanjaya
Perlembagaan merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang penubuhannyadiperkenan
oleh Baginda Ratu dan raja-raja Melayu bagi merangka Perlembagaan bagi
Persekutuan
Tanah Melayu yang merdeka
Suruhanjaya
ini juga dikenali sempena nama pengerusinya, iaitu seorang hakim MahkamahRayuan
England, Lord William Reid.
Suruhanjaya
Reid terdiri daripada para ilmuwan dalam bidang perlembagaan;
1. Sir IvorJenning (UK)
2. Sir William Makell (Australia)
3. Hakim B. Malik (India)
4. Hakim Abdul Hamid (Pakistan)
SEJARAH DAN GARIS WAKTU GUBALAN
1) Undang-undang
Sebelum Kedatangan Penjajah.
l Hukum
Kanun Melaka, Undang-Undang Laut Melaka, Batu Bersurat Terengganu membuktikan
telah wujud sistem pemerintahan yang tersusun di Tanah Melayu, walaupun tidak
menggunakan istilah ‘perlembagaan’.
l Keadaan
ini menjelaskan sistem perlembagaan dan pentadbiran yang tersusun tersebut itu
telah wujud sebelum kedatangan penjajah British.
l Semasa
pentadbiran British, dua buah negeri telah membuat Perlembagaan mereka sendiri,
iaitu negeri Johor dan negeri Terengganu, masing-masing pada tahun 1895 dan
1911.
2) Malayan
Union.
l Menyatukan
negeri-negeri dan meningkatkan kecekapan pengurusan pentadbiran. Negeri-negeri
seperti Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri
Melayu Tidak Bersekutu.
l British
menyimpan perasaan anti-Melayu kerana orang Melayu bekerjasama dengan Jepun dan
pengenalan Malayan Union dapat melemahkan kuasa Raja-Raja Melayu.
l Menjadi
asas kepada British untuk masyarakat tempatan bagi memerintah negara sendiri.
Ciri-ciri
Malayan Union
1.
Semua negeri Melayu kecuali Singapura
disatukan di bawah pemerintahan Gabenor British yang dibantu oleh Majlis
Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Undangan.
2.
Singapura dijadikan tanah jajahan
berasingan.
3.
Kedaulatan raja-raja Melayu dihapuskan
kecuali dalam hal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
4.
Hak kerakyatan yang sama bagi semua
orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Pengenalan Malayan Union telah
memberikan hak warganegara kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu.
Tentangan
orang Melayu terhadap Malayan Union kerana:
1) Kedaulatan
Raja-Raja Melayu dilenyapkan, kecuali dalam hal ehwal berkaitan agama Islam dan
adat resam Melayu.
2) Hak
kerakyatan diberikan berdasarkan prinsip jus soli iaitu penduduk asing yang
telah bermastautin lebih sepuluh tahun dan lahir selepas Malayan Union, secara
terus menjadi warganegara.
3) Hak sama
rata kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa iaitu penduduk peribumi
tidak memiliki apa-apa keistimewaan.
4) Cara
Harold MacMichael mendapatkan tandatangan raja-raja Melayu yang menggunakan
cara paksaan dan ugutan seperti Sultan Kedah telah diberi kata dua iaitu
menandatangani persetujuan Malayan Union atau dilucutkan dari tahta
pemerintahan.
Gerakan
menentang malayan union.
Gambar-Gambar akhbar.
3) Persekutuan
Tanah Melayu 1948.
l Setelah
mendapat tentangan daripada orang-orang Tanah Melayu, British telah membatalkan Malayan Union.
l Bagi
tujuan menggantikan Perlembagaan Malayan Union, sebuah Jawatankuasa Kerja
ditubuhkan pada Julai 1946 yang terdiri daripada empat wakil raja-raja Melayu,
dua wakil UMNO dan enam pegawai British.
l Jawatankuasa
ini bertanggungjawab merangka sebuah perlembagaan baru yang boleh diterima oleh
orang Melayu.
l British
menubuhkan Jawatankuasa Perundingan pada Disember 1947 yang terdiri daripada
orang Eropah, Cina dan India dengan tujuan untuk mendapatkan pandangan orang
bukan Melayu mengenai perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Gambar Pembentukan Persekutuan hasil muafakat negeri
Ciri-ciri
penting Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang diisytiharkan pada 1
Februari 1948:
1. Sembilan
negeri Melayu terlibat di dalam persekutuan termasuk Pulau Pinang dan Melaka.
Singapura kekal menjadi tanah jajahan yang berasingan.
2. Kerajaan
Persekutuan diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh Majlis
Undangan Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Kerajaan Persekutuan.
3. Majlis
Mesyuarat Persekutuan akan dianggotai oleh 17 ahli iaitu tujuh ahli rasmi,
tujuh ahli tidak rasmi dan tiga ahli ex-officier.
4. Sultan-sultan
diberi hak dan kuasa memerintah dengan nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri
dan Majlis Undangan Negeri.
5. Syarat
kewarganegaraan diketatkan, pemohon mesti lahir di Tanah Melayu dan telah
bermastautin selama 8 hingga 12 tahun.
Pemohon asing mestilah pemastautin selama 15 tahun. Umur minimum bagi kedua-dua situasi tersebut
adalah 18 tahun dan mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang baik.
6. Orang
Melayu diberi hak istimewa sebagai kaum bumiputera dan mempunyai perwakilan
terbesar dalam Kerajaan Persekutuan dan Negeri.
Gambar Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu Diumumkan
Kerjasama
Etnik; CLC, Pilihanraya, Perikatan ke Arah Kemerdekaan
· Penubuhan Jawatankuasa Perhubungan Masyarakat 1949 (CLC) yang terdiri daripada pelbagai etnik telah berusaha menyelesaikan sesetengah masalah perundangan, terutamanya berkaitan perlembagaan, politik dan ekonomi.
· Jawatankuasa ini ditubuhkan bagi membincangkan berbagai isu seperti kewarganegaraan dan kedudukan khas (special position) orang Melayu serta dasar pendidikan.
Jawatankuasa Hubungan antara
Kaum(CLC)
1. Peringkat awal, dianggotai kaum Melayu dan Cina.
2. Melayu diwakili UMNO – diketuai Dato’ Onn Ja’afar
3. Cina diwakili MCA- diketuai Tun Tan Cheng Lock.
4. Ogos 1949, CLC turut dianggotai wakil dari kaum India, Ceylon, Serani dan Eropah.
5. Pengerusi CLC – Dato’ E.E.C. Thuraisingam.
6. Penasihat – Sir Malcolm MacDonald.
7. Perundingan selama hampir dua tahun.
Pilihan
Raya Umum 1955
· Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955 yang diadakan pada 27 Julai 1955 merupakan pilihan raya umum yang tunggal di Persekutuan Tanah Melayu (kemudian Malaysia) sebelum kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957.
· Dalam pilihan raya umum ini, Parti Perikatan yang terdiri daripada:
1.
Pertubuhan
Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
2.
Persatuan
Cina Malaya (MCA)
3.
Kongres
India Se-Malaya (MIC)
· Pilihan Raya Umum 1955, iaitu Pilihan Raya Umum yang pertama bagi Persekutuan Tanah Melayu memberi implikasi yang cukup besar kepada hubungan etnik di Malaysia.
· Ini disebabkan telah berlakunya kerjasama dan toleransi yang cukup kukuh antara orang Melayu dan bukan Melayu khususnya yang melibatkan pembahagian kursi pilihan raya seperti dalam Jadual di bawah:
1. Pembahagian kerusi dan calon, UMNO telah membuat pengorbanan dan kompromi kerana meletakkan calon bukan Melayu di kawasan majoriti pengundi Melayu dan walaupun majoriti pengundi adalah Melayu (84.2%).
2. Tetapi demi perpaduan dan mengamalkan konsep perkongsian kuasa, UMNO diperuntukkan 35 kerusi sahaja, MCA 15 kerusi dan MCA sebanyak dua kerusi
Parti |
Peruntukan Kerusi |
Peratusan Kerusi |
Peratusan Pengundi |
UMNO |
35 |
69 |
84.2 (Melayu) |
MCA |
15 |
28 |
11.2 (Cina) |
MIC |
2 |
3 |
3.9 (India) |
· Perkara ini mengetepikan pandangan sempit perkauman dan bekerja ke arah menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
· Tunku Abdul Rahman, sebagai Perdana Menteri pertama telah membentuk kabinet yang terdiri daripada komposisi berbilang kaum iaitu enam orang Melayu, tiga orang Cina, dan seorang India.
· Pemilihan Kabinet ini menunjukkan satu kerjasama yang baik dengan perlantikan tiga orang Cina dan seorang India untuk memberikan keseimbangan etnik yang lebih diterima dalam Majlis Perundangan Persekutuan.
· Komposisi kabinet pertama ini menunjukkan bermulannya “Tapak Integrasi’
Suruhanjaya
Perlembagaan (Suruhanjaya)Reid
· Suruhanjaya Perlembagaan merupakan sebuah suruhanjaya bebas yang penubuhannya diperkenan oleh Baginda Ratu dan raja-raja Melayu bagi merangka Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka
· Perlembagaan bagi Persekutuan Tanah Melayu sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan daripada Britain pada 31 Ogos 1957.
· Suruhanjaya ini juga dikenali sempena nama pengerusinya, iaitu seorang hakim Mahkamah Rayuan England, Lord William Reid.
· Suruhanjaya Reid terdiri daripada para ilmuwan dalam bidang perlembagaan; Sir Ivor Jenning (UK), Sir William Makell (Australia), Hakim B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
· Suruhanjaya Reid ditubuhkan pada Mac 1956.
· Pertemuan sebanyak 118 kali telah diadakan antara Jun hingga Oktober 1956, iaitu selepas rombongan Parti Perikatan pulang dari Perundingan London, dan telah menerima 131 memorandum dari pelbagai pihak individu dan organisasi. Semua surat memorandum daripada rakyat jelata yang berminat akan dipertimbangkan dan terdapat juga yang ditolak termasuk daripada Parti Perikatan sendiri.
Ahli
Suruhanjaya Reid
1.
Lord
William Reid - Pengerusi
2.
Sir
Ivor Jennings - British
3.
Sir
William McKell - Australia
4.
Hakim
B Malik - India
5.
Tuan
Abdul Hamid – Pakistan
Terma
Lantikan Suruhanjaya Perlembagaan (Suruhanjaya Reid)
Jawatankuasa
Kerja
Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948
· Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah digubal oleh Sidang Pleno Inggeris-Melayu antara bulan Jun hingga Disember 1946. Di akhir mesyuaratnya, Sidang Pleno telah menghasilkan apa yang dikenali sebagai Buku Biru setebal 100 muka surat.
· Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 21 Januari 1948 di King House dan diumumkan oleh kerajaan British. Perjanjian ini ditandatangani oleh Raja-Raja Melayu, dan Sir Edward Gent, sebagai wakil Kerajaan British. Perjanjian ini adalah sebagai persediaan ke arah penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Perjanjian ini penting kerana ia memansuhkan pelaksanaan Malayan Union dan menyatukan negeri-negeri Melayu dalam sebuah Persekutuan untuk pertama kali. Kedudukan Raja-Raja Melayu juga telah dikembalikan.
· Antara 1946 - 1948, 11 buah negeri membentuk tanah jajahan British yang dipanggil Malayan Union. Disebabkan bantahan orang Melayu yang dipimpin oleh Dato Onn Jaafar, Malayan Union dibubarkan dan digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu, yang mengembalikan kedudukan simbolik raja-raja Melayu. Malayan Union dibubarkan secara rasmi pada 21 Januari 1948.
· Dalam Perjanjian Persekutuan ini, walaupun negeri-negeri Melayu menjadi negeri naungan British, Pulau Pinang dan Melaka kekal menjadi tanah jajahan. Seperti Malayan Union, persekutuan ini tidak dianggotai Singapura, yang sebelum ini dianggap sebagai sebahagian dari Malaya.
· Persekutuan Tanah Melayu ini mendapat kemerdekaan daripada Negara-negara Komanwel British pada 31 Ogos 1957.[3] Merujuk kepada Akta Malaysia 1963, Singapura, Sarawak dan Borneo Utara (yang dinamakan semula sebagai Sabah) disekutukan dengan negeri-negeri lain yang sedia ada dalam Persekutuan Tanah Melayu kemudiannya ia dinamakan Malaysia. Singapura kemudiannya dikeluarkan dari Malaysia dan membentuk sebuah republik sendiri pada 9 Ogos 1965.
Pembentukan perjanjian
· Secara kronologi, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 adalah pengganti kepada Perlembagaan Malayan Union 1946 yang telah dimansuhkan. Ia menjadi corak kepada pembinaan sebuah negara bangsa yang, sembilan tahun kemudiannya, digantikan dengan Perlembagaan Persekutuan (Perlembagaan Merdeka) 1957. Namun, kedua-dua perlembagaan yang terdahulu perlembagaan kepada Perlembagaan Merdeka tidak digantikan atas sebab yang sama.
Jawatankuasa Kerja
· Penciptaan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu bermula pada Julai 1946 dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja untuk mencadangkan rangka perlembagaan baru bagi menggantikan Malayan Union. Keahlian Jawatankuasa Kerja ini mewakili pihak berkuasa politik diiktiraf secara rasmi pada waktu itu— British, Raja-Raja Melayu dan Umno. Oleh itu, tidak seperti Malayan Union yang telah secara unilateral dikenakan ke atas Raja-Raja Melayu oleh British, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu adalah direka bersama Anglo-Melayu. Selain itu, dengan menggunakan Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor sebelum peperangan sebagai templat, mereka juga turut merangka satu model Perlembagaan Negeri.
· Dalam merangka cadangan perlembagaan mereka, Jawatankuasa Kerja harus mengikuti prinsip asas:
1. bahawa perlu ada kerajaan pusat yang kuat,
2. bahawa ciri khas dari setiap Negeri dan Penempatan Melayu perlu jelas dinyatakan dan dikekalkan,
3. bahawa persefahaman berkenaan perlu menawarkan cara-cara ke arah berkerajaan sendiri yang muktamad,
4. bahawa bentuk umum kewarganegaraan perlu diperkenalkan untuk semua orang yang menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan objek kesetiaan mereka
5. bahawa orang Melayu menduduki kedudukan yang istimewa
KERANGKA ASAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
TERDAPAT 8 KERANGKA ASAS PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN :
CIRI-CIRI UMUM NEGARA PERSEKUTUAN
l
Mempunyai perlembagaan bertulis.
l
Perkongsian kedaulatan.
l
Negei-negeri diberikan kuasa autonomi
sebagaimana dipersetujui.
l
Mahkamah paling tinggi yang mentafsir
perlembaggan.
l Layanan samarata antara negeri-negeri.
ISLAM AGAMA PERKUTUAN
KEWARGANEGARAAN
Bahagian III Perlembagaan Persekutuan:
l
Peruntukan yang digandingkan dengan
keistimewaan Melayu
l
Empat cara mendapatkan kewarganegaraan :
1. Operasi undang-undang
2. Pendaftaran
3. Naturalisasi
4. Gabungan wilayah
l
Hilang/dipecat kewarganegaraan – hilang taat
setia
KEBEBASAN ASASI
Kesimpulan
Secara keseluruhannya istilah perlembagaan ini merujuk kepada undang-undang dasar pemerintahan sesebuah negara (pentadbiran sesebuah badan dsb). Pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka, telah wujud beberapa undang-undang yang menjadi asas pemerintahan Negara seperti Hukum Kanun Melaka.
Pada era zaman pemerintahan British, dua negeri di Tanah Melayu telah membentuk perlembagaan mereka yang tersendiri iaitu Johor dan Terengganu. British juga telah memperkenalkan gagasan Malayan Union kepada masyarakat Tanah Melayu pada ketika itu dan ini telah membawa kepada kelahiran semangat nasionalisme dalam diri orang Melayu.
Dengan terbentuknya persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948, sebuah perlembagaan telah dirangka iaitu perlembagaan persekutuan yang merangkumi pelbagai aspek kenegaraan termasuklah hal-hal berkaitan kerakyatan, hak asasi, agama Islam dan sebagainya. Ini membolehkan masyarakat yang berbeza kaum dan agama untuk hidup dalam suasana yang harmoni kerana perlembagaan menjaga hak dan kepentingan semua bangsa dan kaum di Malaysia. Disamping itu, keterbukaan perlembagaan Malaysia dengan memberi ruang untuk pindaan menjadikan perlembagaan Malaysia sesuatu instrumen yang efektif bagi memenuhi keperluan pemerintahan dan masyarakat.
No comments:
Post a Comment